GALERI AKTIVITI: GOTONG-ROYONG EKSA BPOPA 2.0


 

19 April 2024, BPOPA JANM

Bersempena Audit Dalaman EKSA JANM yang dijadualkan pada 24 dan 25 April 2024 akan datang, Jawatankuasa EKSA BPOPA buat kali keduanya pada tahun ini menganjurkan aktiviti Gotong-Royong EKSA BPOPA 2.0

Aktiviti kali ini dibuat secara besar-besaran melibatkan seluruh warga BPOPA melibatkan keseluruhan ruang di BPOPA termasuk ruang kerja peribadi, ruang gunasama, pantri dan kawasan-kawasan lain yang berkaitan.

Gotong-Royong EKSA BPOPA 2.0 kali ini juga turut mendapat perhatian rapat daripada Pengarah BPOPA sendiri, iaitu Tn Hj Nasran bin Omar yang turut serta dalam bergotong-royong, serta menyempurnakan simbolik penyerahan Cue Card EKSA yang akan diedarkan kepada seluruh warga BPOPA menjelang pengauditan dalaman.

Semoga aktiviti yang dijalankan ini dapat membantu persiapan BPOPA khususnya menjelang pengauditan dalaman yang bakal tiba, dan memperoleh keputusan yang cemerlang semasa pengauditan.





Ulasan