AKTIVITI EKSA 2018

a) Gotong-royong EKSA













 b) Kempen Keselamatan

Satu kempen keselamatan telah diadakan di kalangan warga Zon Gamma. Ini bertujuan mendidik warga zon bagi mengenalpasti alatan pencegah kebakaran dan lokasi alatan tersebut di Zon Gamma.

Warga zon juga diajar cara-cara yang betul bagi menggunakan alat pemadam api tersebut sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini di masa hadapan. Pegawai keselamatan bahagian atau wakil turut membuat pemeriksaan berkala pemantauan alatan pemadam api dan pencegah kebakaran







c) Kempen Jimat Tenaga, Jimat Wang Negara

Selain kempen keselamatan, kempen penjimatan tenaga juga turut diadakan di Zon Gamma. Tagline yang digunapakai ialah "Jimat Tenaga, Jimat Wang Negara".

Warga zon diminta untuk mengamalkan konsep jimat elektrik, iaitu menutup suis lampu semasa meninggalkan bilik serta membuka langsir untuk mendapatkan cahaya matahari. Peringatan penjimatan tenaga turut ditampal di setiap suis elektrik bagi setiap kawasan gunasama.


                


Ulasan