AKTIVITI EKSA 2017

 

TAKLIMAT AMALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) JANM TAHUN 2017


Pada 21 September 2017, Khamis bertempat di Dewan Serbaguna JANM Aras 7, telah diadakan satu Taklimat Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) JANM 2017.


Para pegawai serta Ahli Jawatankuasa EKSA bahagian masing-masing dijemput menghadiri taklimat ini yang diadakan pada jam 8.30 pagi hingga 1 petang bagi memberikan pendedahan yang lebih terperinci mengenai EKSA.


4 orang pegawai BPOPA telah menghadiri taklimat tersebut. Mereka adalah :

1. Puan Zuriyanti binti Abdul Hamid (Timbalan Pengerusi/Ketua Zon)
2. Puan Siti Zubidah binti Mohd Anuar (Penolong Setiausaha)
3. Puan Hafizah binti Mat Rifin (JK Audit Dalam)
4. Encik Ahmad Hilmi bin Abd. Wahab (Ketua Kawasan 5)





PENARAFAN EKSA BPOPA 2017

Pada 14 April 2017, BPOPA telah menganjurkan Majlis Jalinan Kasih 1.0 bagi tahun 2017

Majlis yang dianjurkan oleh Kelab BPOPA itu juga bertujuan memberi penghargaan kepada warga BPOPA yang terlibat dengan Gotong-Royong EKSA Zon Gamma pada 27 Februari lalu.

Di majlis ini, 3 anugerah khas telah diberikan berdasarkan markah yang telah diperolehi semasa program gotong-royong tersebut, iaitu :

  • Workstation Terbaik Individu : Pn. Hamidah binti Md. Zain
  • Bilik Pegawai Terbaik : En. Zakaria bin Hj. Ahmad
  • Seksyen Terbaik : Seksyen Pengurusan Dana dan Pelaburan







Gotong-royong EKSA 27hb Februari 2017

Pada 27hb Febuari lepas, satu gotong-royong telah diadakan melibatkan semua warga BPOPA. Gotong-royong ini adalah bertujuan sebagai persediaan bagi Audit Dalaman EKSA JANM siri ketiga yang dijadualkan pada 1 & 2 Mac 2017.

 



 

 




 







Ulasan