AKTIVITI EKSA 2016

1. JAWATANKUASA AUDIT 

a) Audit 'walkthrough' EKSA oleh pengurusan atasan


Audit 'walkthrough' EKSA oleh pengurusan atasan di Zon Gamma telah diadakan pada 19 Januari 2016. Audit yang bermula pada jam 9.00 pagi ini telah diketuai oleh YBhg. Dato' Mohamed Azmi bin Ali ( Timbalan Akauntan Negara Operasi ).

Laluan yang diputuskan adalah pintu utama, ruang kerja UPWA, bilik mesyuarat, ruang kerja UPKK & Pentadbiran, ruang kerja SPP & Unit Kumpulan Wang Amanah Kerajaan dan Awam serta galeri PKKP.





2. JAWATANKUASA LATIHAN & DOKUMENTASI

a) Lawatan Inovasi ke Indah Water Konsortium Sdn. Bhd


Program lawatan inovasi ke Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) adalah salah satu dari
program tahunan Sambutan Hari Inovasi JANM bagi tahun 2016 dan program ini telah
dibuat ke Fasiliti IWK di Jalan Chan Chin Mooi, Kuala Lumpur.  Lawatan telah diadakan
seperti ketetapan berikut:

Tarikh                   :           18 Ogos 2016                                                
            Masa                      :           9.00 Pagi - 2.00 Petang                                                         
            Bilangan Peserta :           29 orang termasuk Urus Setia                                                    

Lawatan inovasi ke IWK bertujuan untuk mendapatkan idea berkaitan program-program inovasi yang telah diadakan oleh pihak IWK, di samping mempelajari pendekatan yang digunapakai oleh IWK.

Secara keseluruhan, Program Lawatan Inovasi JANM ke IWK dapat memberikan pendedahan kepada para peserta berkaitan usaha syarikat melaksanakan program inovasi yang berterusan dalam budaya kerja di syarikat berkenaan untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang efisyen kepada pelanggan dan mengukuhkan kedudukan kewangan syarikat bagi membina masa depan yang mampan (sustainability). Di samping itu, daripada lawatan ini para peserta turut diberi pendedahan mengenai kepentingan perkhidmatan kumbahan di Malaysia.










b) Penyeragaman 


Aspek keseragaman turut dititikberatkan dalam pelaksanaan EKSA di JANM selaras dengan ketetapan jabatan dan berdasarkan garis panduan yang dibangunkan.
















Ulasan