MAJLIS PENYERAHAN TUGAS JAWATANKUASA EKSA 2026/2027
14 Ogos 2024, BPOPA JANM Jawatankuasa EKSA BPOPA 2026/2027 secara rasminya menerima amanah daripada jawatankuasa terdahulu dalam Majlis Penyerahan Tugas yang diadakan pada 14 Ogos 2026. Majlis ini bukan sekadar simbolik pertukaran tanggungjawab, tetapi menjadi tanda kesinambungan usaha dalam memastikan budaya EKSA terus dipelihara dan diperkasakan dalam persekitaran kerja BPOPA. Sepanjang tempoh menggalas amanah, pelbagai pengalaman, cabaran dan pembelajaran telah dilalui. Antara perkara yang paling penting ialah keperluan untuk mengekalkan konsistensi, mengutamakan kerjasama serta memastikan setiap aktiviti dan pencapaian didokumentasikan dengan baik. Kepada jawatankuasa baharu, ambillah perkara yang baik daripada perjalanan kami, perbaikilah kekurangan yang ada dan jangan takut untuk membawa idea serta pendekatan baharu. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga BPOPA atas segala sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmat...









