PEMBUDAYAAN KREATIVITI DAN INOVASI EKSA

AMALAN BAIK EKSA DI BPOPA
2021/2020

1. PENJIMATAN KERTAS (Go Green)

EKSA Zon BPOPA menyokong amalan Go Green di mana salah satu inisiatifnya adalah penjimatan kertas. Semoga inisiatif ini dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan serta mengelakkan pembaziran. Poster Penjimatan Kertas telah ditampal berhampiran mesin pencetak di bilik guna sama (SPPP) dan ruang cetak di SPDP. 






2. HIASAN POKOK HIDUP DAN HIRISAN BUNGA RAMPAI

Warga BPOPA menyokong amalan go green dengan menghias ruang kerja/ partition pegawai menggunakan hiasan pokok hidup serta hirisan bunga rampai bagi menambah kesegaran dan keharuman ruang kerja. 

Hiasan Pokok Hidup:














Hiasan Bunga Rampai :




3. QUE CARD

Penyebaran maklumat Logo, Slogan, Visi, Misi, Dasar dan Objektif EKSA melalui edaran que card (kad kecil) kepada seluruh warga BPOPA. Ia mudah dibawa      ke mana sahaja.




4. SUDUT KESIHATAN & KESELAMATAN

Mewujudkan sudut informasi berkaitan kesihatan dan keselamatan dengan poster poster yang menarik.


5. SUDUT MAYA 

Memaparkan aktiviti EKSA di sudut maya EKSA melalui skrin televisyen.


6. SENARAI COP

Label dan senarai cop yang kemas dan teratur.



7. GO GREEN - Sudut Kitar Semula

____________________________________________________________________________________________

2018/2019:
1. SUDUT 'GO GREEN' @ GAMMA


  • Kotak kitar semula
Kotak kitar semula ini adalah bagi menyahut seruan ''Go Green'' di kalangan warga jabatan amnya dan zon Gamma khasnya. Sudut ini terletak di ruang kerja Seksyen Pengurusan Amanah yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Kertas Putih dan Kertas Warna. 

Kertas-kertas kitar semula ini akan dijual kepada pembeli kertas terpakai yang akan datang ke jabatan setiap beberapa bulan sekali dan hasil jualan dimasukkan ke Tabung Unit/Seksyen bagi tujuan keperluan EKSA pada masa akan datang.






  • Membudayakan penjimatan elektrik
Tagline ''Jimat Tenaga, Jimat Wang Negara'' digunapakai bagi mendidik warga zon Gamma untuk sama-sama menjimatkan penggunaan elektrik di ruang kerja masing-masing.




2. KEBAJIKAN DAN KEMUDAHAN WARGA ZON GAMMA
  • Kiosk BPOPA
2 buah kiosk telah ditempatkan di bahagian hadapan Pantri Zon 2 dan 3 bagi menjual makanan ringan yang mudah didapati oleh warga zon. Makanan-makanan ringan ini dibeli di kedai borong berhampiran dan dijual dengan harga yang sangat berpatutan.  Selain itu, warga zon juga turut sama meletakkan makanan homemade mereka di kiosk yang sekaligus membolehkan mereka menjana pendapatan sampingan.





3. KESELAMATAN
  • Pelantikan pegawai keselamatan
Seorang pegawai keselamatan jabatan telah dilantik bagi memastikan keselamatan jabatan terjamin. Antara tugas utama pegawai keselamatan jabatan ialah bertanggungjawab terhadap arahan-arahan keselamatan kerajaan. Beliau juga bertanggungjawab dalam mengambil langkah-langkah yang perlu dalam aspek keselamatan fizikal selain memastikan peraturan-peraturan keselamatan perlindungan yang telah ditentukan di dalam Buku Arahan Keselamatan dilaksanakan di jabatan.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia ( JANM ) telah melantik En. Iza Hilmi bin Zakaria sebagai pegawai keselamatan jabatan bagi tujuan berkenaan.


  • Mewujudkan laluan kecemasan
Pencegahan kebakaran merupakan satu tindakan langkah awal yang mesti diambil bagi mengelakkan api kebakaran daripada berlaku dan juga langkah awal bagi mengelakkan kebakaran yang baru bermula (infant stage) daripada merebak kepada peringkat yang boleh dikawal lagi (uncontrollable stage).

Oleh sebab itu, laluan kecemasan diwujudkan sebagai antara salah satu daripada langkah-langkah keselamatan tersebut. Di zon Gamma, terdapat 3 laluan kecemasan berdasarkan 3 tangga kecemasan yang telah dikenalpasti sebagai laluan khas untuk menyelamatkan diri ( mean of escape ).



Ulasan