MAJLIS PENYERAHAN TUGAS JAWATANKUASA EKSA 2026/2027


 14 Ogos 2024, BPOPA JANM

Jawatankuasa EKSA BPOPA 2026/2027 secara rasminya menerima amanah daripada jawatankuasa terdahulu dalam Majlis Penyerahan Tugas yang diadakan pada 14 Ogos 2026. Majlis ini bukan sekadar simbolik pertukaran tanggungjawab, tetapi menjadi tanda kesinambungan usaha dalam memastikan budaya EKSA terus dipelihara dan diperkasakan dalam persekitaran kerja BPOPA.

Sepanjang tempoh menggalas amanah, pelbagai pengalaman, cabaran dan pembelajaran telah dilalui. Antara perkara yang paling penting ialah keperluan untuk mengekalkan konsistensi, mengutamakan kerjasama serta memastikan setiap aktiviti dan pencapaian didokumentasikan dengan baik. Kepada jawatankuasa baharu, ambillah perkara yang baik daripada perjalanan kami, perbaikilah kekurangan yang ada dan jangan takut untuk membawa idea serta pendekatan baharu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga BPOPA atas segala sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan kami. Kami menyerahkan amanah ini dengan penuh harapan agar jawatankuasa baharu dapat meneruskan apa yang telah dibina, mencipta penambahbaikan dan membawa EKSA BPOPA ke tahap yang lebih baik. 

Amanah diteruskan, legasi diteruskan. 🌱


Terus ikuti perkembangan kami di: 

https://janmeksabpopa.blogspot.com/


"Persekitaran Kondusif Warga Produktif" 


JAWATANKUASA EKSA BPOPA 2024/2025

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA


#hebahaneksa

#eksabpopa2425

Ulasan