EDARAN CUE CARD INFO EKSA



22 April 2024, BPOPA JANM


Bersempena Audit Dalaman EKSA JANM, Jawatankuasa EKSA BPOPA melancarkan inisiatif Cue Card EKSA yang diedarkan buat seluruh warga BPOPA. Ini merupakan suatu usaha bagi memberi pendedahan yang cukup kepada warga BPOPA khususnya mengenai pembudayaan EKSA dalam kalangan warga kerja.

Penyerahan Cue Card EKSA secara simboliknya telah diadakan pada Jumaat 19 April lalu kepada Pengarah BPOPA, merangkap Pengerusi EKSA Zon BPOPA, Tn Hj Nasran bin Omar yang disampaikan oleh Timbalan Pengerusi EKSA Zon BPOPA, Pn Siti Harizah Abdul Rahim.

Penyerahan Cue Card EKSA ini disempurnakan melalui sesi serahan daripada Cik Nor Azneyani selaku Ketua Jawatankuasa Latihan & Dokumentasi EKSA BPOPA, kepada setiap Ketua Kawasan disaksikan oleh setiap Timbalan Pengarah Seksyen masing-masing.

Semoga dengan inisiatif ini dapat menambah kecaknaan warga BPOPA terhadap pelaksanaan EKSA di JANM dan BPOPA khususnya.



Ulasan