AUDIT DALAMAN EKSA JANM SIRI 1/2024
25 April 2024, BPOPA JANM
BPOPA pada tarikh ini telah dikunjungi oleh seramai tiga orang juruaudit EKSA JANM bagi menjalankan Audit Dalaman EKSA JANM Siri 1/2024. Turut mengiringi panel juruaudit, ahli jawatankuasa EKSA JANM yang diketuai oleh Cik Norhidayah binti Ibrahim merangkap Setiausaha Jawatankuasa EKSA BPOPA.
Pengauditan yang dilakukan melibatkan keseluruhan aspek bermula daripada ruang kerja peribadi/bilik pegawai, seterusnya ruang gunasama melibatkan bilik fail, bilik gunasama, pantri dan juga persekitaran BPOPA secara keseluruhan.
Jawatankuasa EKSA BPOPA mengucapkan pernghargaan dan terima kasih kepada panel juruaudit yang telah melaksanakan pemantauan dengan baik dan memberikan input berguna sebagai persiapan menjelang Pengauditan EKSA MAMPU yang akan dilaksanakan pada masa akan datang
Ulasan
Catat Ulasan