GALERI AKTIVITI: HARI EKSA BPOPA 2024

 


22 Mac 2024, BPOPA JANM

Jawatankuasa EKSA BPOPA dengan kerjasama Kelab BPOPA telah menganjurkan Sambutan Hari EKSA BPOPA sepanjang hari melibatkan kesemua warga kerja BPOPA.

Aktiviti dimulakan dengan warga BPOPA berkumpul di Bilik Jamuan 1, Aras 8, JANM dan majlis diacarakan oleh Cik Nor Azneyani binti Zakaria. Majlis turut dimulakan dengan memperkenalkan barisan Jawatankuasa EKSA BPOPA yang baharu bagi sesi 2024/2025, yang baru sahaja dilantik sebulan yang lepas.

Majlis diteruskan dengan Perkongsian Kesedaran EKSA yang disampaikan khas oleh Champion EKSA dan EKSA Kendiri, juga Champion EKSA keseluruhan oleh MAMPU, iaitu En. Wan Mohammad Fahrurizal bin Wan Ahmad Fauzi daripada BPAD.



Majlis kemudian diserikan dengan penyampaian simbolik aktiviti Kemas Santai Ruang Kerja BPOPA, iaitu penyerahan kain lap kepada semua warga kerja yang diwakili oleh Timbalan Pengarah Seksyen masing-masing.




Sambutan bersambung di sebelah petang dengan kesemua warga BPOPA mengambil bahagian dalam aktiviti Kemas Santai di ruang kerja peribadi masing-masing. Warga BPOPA turut dihadiahkan dengan juadah berbuka puasa berupa Roti John hasil tajaan daripada Kelab BPOPA














Semoga dengan aktiviti julung kali EKSA pada tahun ini dapat memupuk semangat cintakan kekemasan dan kebersihan ruang kerja masing-masing, menuju ke arah memperoleh Sijil Audit Bersih bagi Audit Dalaman EKSA JANM.

Ulasan