MESYUARAT PENYERAHAN TUGAS AJK EKSA ZON BPOPA SESI 2024/2025
Majlis bermula sekitar jam 9.30 pagi, dipengerusikan oleh Pengarah BPOPA, merangkap Pengerusi EKSA Zon BPOPA, Tn Haji Nasran bin Omar. Turut hadir bersama barisan Jawatankuasa EKSA sesi 2023/2024 yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi sesi lepas iaitu Pn Erda Ezdiani binti Ahmad Toha dan juga barisan Jawatankuasa lantikan baharu sesi ini.
Memetik kata-kata Pengerusi Mesyuarat, beliau berhasarat agar lebih peningkatan dari sudut pematuhan EKSA juga nilai-nilai tambah baharu dapat direalisasikan bersama jawatankuasa, seiring dengan prestasi semasa EKSA Zon BPOPA yang berada di tahap memberangsangkan untuk beberapa tahun kebelakangan ini.
Mesyuarat kemudiannya berlangsung dengan rancak dan penuh interaktif membabitkan sesi soal jawab dan pertukaran idea antara jawatankuasa lama dan baharu bagi memberi lebih pencerahan hala tuju EKSA yang bakal ditelusuri khususnya di peringkat jawatankuasa, dan umumnya dapat dilaksanakan dengan baik di peringkat warga BPOPA
Dengan lafaz terima kasih daun keladi buat jawatankuasa EKSA sesi terdahulu.
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, bermulalah suatu anjakan baharu EKSA bagi Zon BPOPA dari detik ini.
Ulasan
Catat Ulasan