GOTONG ROYONG EKSA BIL 1/ 2021

Tuan/ Puan,

Untuk makluman tuan/puan, Jawatankuasa Audit Dalam EKSA JANM dijangka akan mengadakan pengauditan dalaman dalam masa yang terdekat bagi tujuan mendapatkan sijil terbaru EKSA yang telah tamat pada 14 September 2020.

Sehubungan dengan itu, Bahagian ini sedang mengadakan aktiviti Gotong Royong pada hari ini dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Diharapkan kerjasama dan komitmen yang tinggi tuan/puan bagi menjayakan gotong royong EKSA di Bahagian ini.

Sepertimana yang telah diwar-warkan oleh team Audit Dalam EKSA BPOPA di dalam group whatsapp BPOPA DIHATIKU, satu pertandingan akan diadakan bersemperna dengan aktiviti gotong-royong ini bagi menaikkan semangat dan kerjasama warga BPOPA seperti berikut:

  • Ruang kerja terbaik
  • Seksyen terbaik
  • Tandas terbaik
  • Pantri terbaik
Proses penilaian dan audit dalaman EKSA BPOPA akan dijalankan pada 5 April 2021 (Isnin), jam 9.00 pagi. Hadiah menarik menanti pemenang bertuah!

Berikut adalah sebahagian gambar aktiviti gotong-royong yang sedang berlangsung ini.






















Sekian, terima kasih dan SELAMAT BERGOTONG ROYONG!💖💪

Ulasan