GOTONG ROYONG EKSA 2021

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera


Tuan/Puan,


Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan emel dari Jawatankuasa Promosi bertarikh 08 Januari 2021 adalah berkaitan.

 

2.          Selaras dengan Perutusan Khas dari YAB Perdana Menteri berkenaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan berkuatkuasa di W.P Putrajaya pada13 Januari sehingga 26 Januari 2021, adalah dimaklumkan bahawa aktiviti gotong –royong EKSA 2021 yang dijadualkan akan diadakan pada Jumaat ini (15 Januari 2021) telah ditunda ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

 

3.          Sehubungan itu, kerjasama tuan/puan bagi memastikan perkara di bawah diambil perhatian dan tindakan sebelum tuan/puan meninggalkan pejabat pada hari ini adalah sangat dihargai.

 

·          kawasan ruang kerja sendiri (partition dan bilik pegawai) dalam keadaan kemas, bersih dan teratur;

·          ruang gunasama seperti pantri, ruang makan, ruang mesin fotokopi tersusun rapi;

·          peti ais dalam keadaan bersih dan semua makanan dan minuman yang telah/akan tamat tarikh luput dibuang dan dibersihkan;

·          Ketua Zon membuat rondaan dan semakan menyeluruh agar kawasan seliaan dalam keadaan kemas dan teratur.

 

4.          Kerjasama dan perhatian tuan/puan berhubung perkara ini kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Ulasan