PEMASANGAN KOTAK PERGERAKAN PEGAWAI


Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Tuan/Puan,

Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Dimaklumkan En Sufian dari syarikat Media One sedang membuat pemasangan kotak pergerakan pegawai di setiap bilik dan work station di aras BPOPA bermula dengan kawasan SPAA. Mohon kerjasama tuan/puan untuk membantu dan memaklumkan beliau work station yang tidak digunakan dan tak perlu dipasang kotak tersebut kerana jumlah kotak tersebut dibeli mengikut jumlah perjawatan terkini di BPOPA sebanyak 104 unit.

3.         Tuan/Puan juga diminta untuk membuat cetakan atas kertas putih butiran nama, jawatan, unit dan gambar setiap pegawai di Kawasan tuan/puan untuk dimasukkan ke dalam ruangan kotak tersebut seperti format di bawah. Mohon tuan/puan maklumkan pegawai untuk membuang pelekat coklat pada kotak tersebut.

4.         Kerjasama anda semua amatlah dihargai.
  

Sekian, terima kasih.

JAWATANKUASA EKSA BPOPA

Ulasan