TAHNIAH, WARGA BPOPA!!!
Gotong-royong EKSA 27hb Februari 2017
Pada 27hb Febuari lepas, satu gotong-royong telah diadakan melibatkan semua warga BPOPA. Gotong-royong ini adalah bertujuan sebagai persediaan bagi Audit Dalaman EKSA JANM siri ketiga yang dijadualkan pada 1 & 2 Mac 2017.
Satu taklimat telah diadakan pada jam 9 pagi bagi memberi info dan penerangan berkaitan aktiviti gotong-royong yang akan dimulakan selepas itu. Setiap Ketua Kawasan adalah bertanggungjawab dalam memastikan keadaan pejabat dan persekitaran di zon masing-masing adalah berada dalam keadaan kondusif, kemas dan teratur.
Gotong-royong yang diadakan ini juga memberi fokus pada aktiviti pemusnahan rekod kewangan dan dokumen perakaunan yang perlu dilupuskan mengikut peraturan berkaitan.
Aktiviti gotong-royong dan pelupusan dokumen perakaunan turut mendapat perhatian daripada Pengarah dan pihak pengurusan tertinggi bahagian. TAHNIAH, BPOPA!!!
Ulasan
Catat Ulasan